Pengutusan Pelayan Komuni

PENGENALAN CALON

Saudara-saudari dalam Kristus,mereka ini akan dipercayakan dengan pelayanan Eukaristi dengan membawa komuni kepada yang sakit dan dengan memberikannya sebagai viaticum kepada mereka yang sakit tenat.

Didalam pelayanan ini,kamu adalah contoh kehidupan Kristian di dalam iman dan tingkah laku,kamu mesti bertumbuh didalam kesucian melalui sakramen persatuan dan cinta kasih.Ingatlah,walaupun ramai tetapi kita adalah satu tubuh kerana kita mengambil bahagian dalam satu roti dan satu piala.

Sebagai pelayan kepada komuni mahakudus,maka perihatin kepada seruan Tuhan untuk mencintai jiran kamu.Kerana bila Dia memberikan tubuh-Nya sebagai makanan kepada murid-muridNya,Dia berkata kepada mereka;"Inilah hukum bahawa kamu mencintai satu sama lain seperti Aku telah mencintai kamu.

PEMERIKASAAN

Paderi bertanya kepada calon-calon:

Adakah kamu bersedia memikul tugas untuk memberikan Tubuh dan Darah Tuhan kepada saudara-saudari kamu dan maka melayani untuk membina Gereja?

R : Ya,kami bersedia.

Adakah kamu bersedia melayani Ekaristi Mahakudus dengan penuh hati-hati dan dengan hormat?

R : Ya,kami bersedia.

Saudara-saudari dalam Kristus,marilah kita berdoa dengan penuh percaya kepada Bapa;marilah kita memohon daripadaNya untuk menurunkan berkatNya kepada mereka ini yang dipilih untuk melayani Ekaristi.

Semoga mereka setia memberi roti kehidupan kepada umat mu.Diperkuatan dengan sakramen dan semoga mereka dapat datang ke Perjamuan terakhir di Durga.

Kami meminta ini melalui Kristus Tuhan kami.

R : Amen